Saturday, March 11, 2017

Resveratrol Dan Kanser



Dalam entry lepas, Khasiat Resveratrol saya telah menerangkan kandungan Resveratrol dan bagaimana Resveratrol memberi kesan positif terhadap 4 mekanisme utama sel yang menyebabkan penuaan.
  • Kerosakan DNA – Vivix memelihari dan memulihara DNA dalam sel
  • Mengawal genetik – Vivix memberi kesan positif kepada sel yang mengawal genetik dan melembatkan penuaan daripada peringkat selular
  • Penurunan tenaga sel – Mitochondria (sel yang menghasilkan tenaga) yang semakin menua akan menjadi kurang aktif dan menghasilkan tenaga yang kurang. Vixix merangsang penghasilan mitochondria secara semulajadi.
  • Penimbunan protein AGE (Age Glycation Endproduct – protein yang mengakibatkan penman) – Vivix 10 kali lebih berkesan untuk mengurangkan protein ini berbanding resveratrol sahaja.



Bagaimana sel kanser terbentuk




Ramai yang tahu kanser mungkin terjadi daripada makanan, pendedahan yang berlebihan terhadap sinaran matahari, perokok dan penyedut asap rokok yang mempunyai risiko mendapat kanser paru-paru. Radiasi, arang, lemak berlebihan dalam diet, saccharin dan pelbagai bahan kimia yang ditemui dalam racun rumpai dan serangga yang dikenali sebagai karsinogen dalam bahasa perubatannya diketahui umum boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser.
Banyak pengkaji muncul dengan teori sendiri bagaimana sel kanser terbentuk, namun tiada satu teori pun yang dapat menerangkan dengan lengkap aspek kanser yang sangat luas dan bagaimana penyakit ini terbentuk di dalam tubuh manusia. Dr. Peter Kovacic (Adjunct Professor, medicinal and organic chemistry) dalam review yang diterbitkan dalam Current Medicinal Chemistry 2001.

Kajian Dr. Kovacic disokong oleh bukti perubatan apabila radikal bebas berlebihan berkumpul di sekitar nukleus sesuatu sel, kerosakan DNA akan berlaku. Sistem imuniti badan akan cuba membaiki kerosakan DNA namun disebabkan jumlah radikal bebas yang terlalu banyak, radikal bebas ini akan menyebabkan mutasi kepada DNA, stuktur genetik turut dirosakkan, dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak normal. Sel-sel ini akan terus berkembang menjadi sel yang telah rosak DNA nya. Smakin banyak oxidative stress berlaku, semakin banyak sel mutasi berkembang tanpa kawalan dan sampai satu tahap turut merebak kepada organ lain menjadi kanser.

Beberapa kajian mengenai resveratrol yang telah diterbitkan aalah

Menghentikan gen kanser
Sebagai antioksida yang kuat, resveratrol berupaya meneutralkan radikal bebas daripada terus merosakkan sel. Dengan ini gen sel kanser dapat direncatkan.
Menterbalikkan kesilapan DNA
Proses penuaan terjadi apabila kebolehan sel tua semakin menurun untuk menghasilkan sel baru yang mempunyai maklumat DNA yang sempurna seperti sel yang muda. Untuk pengetahuan, asid amino tertentu akan bergabung dan disusun untuk membentuk DNA tertentu. Jika susunan ini salah, maka DNA tidak dapat membentuk kromosom untuk menghasilkan sel. Disebabkan terdapat kesilapan DNA dan penimbunan pecahan DNA yang silap ini, sel tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan sel tersumbat dengan ‘sampah DNA’ dan fungsi sel akan semakin menurun dan boleh membawa kepada kematian sel.
Dengan kebolehan merangsang kepanjangan umur gen, resveratrol mampu mengurangkan kesilapan DNA ini sebanyak 60%. Ini merupakan pencapaian besar bagaimana resveratrol dapat memperlahankan proses penman.

Kesan Anti kanser
Berdasarkan kajian, resveratrol mampu menghalang pertumbuhan pelbagai peringkat sel kanser, jadi ramai pengamal perubatan mencadangkan pengambilan resveratrol untuk pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi sebagai makanan tambahan. Resveratrol menghalang kanser melalui cara berikut :
  • Sebagai antioksida yang kuat, resveratrol meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel.
  • Mengawal ekspresi gen
  • Menggalakkan kemusnahan sel kanser melalui proses penyahasetil
Penyelidikan lancet yang dijalankan di Austria, turut membuktikan resveratrol boleh mengelakkan sel kanser daripada merebak ke tulang sebanyak 30-71%.

Menghalang sel kanser
Kajian yang dilakukan telah membuktikan rseveratrol mempunyai peranan dalam mengawal sel kanser, sama ada mencegah pembentukan sel atau membantu dalam proses rawatan. Kebolehannya menghentikan sel kanser berkait rapat dengan fungsinya yang membunuh sel kanser tapi memelihara sel yang normal. Berbeza dengan kemoterapi yang tidak spesifik yang menyerang kedua-dua sel kanser dan sel normal dan memberi kesan tidak baik kepada sel normal juga. Sebaliknya, resveratrol tidak membunuh sel normal, malahan melindunginya disamping membunuh sel kanser.
Kemampuan resveratrol dalam mengawal sel kanser termasuklah kebolehannya meneutralkan radikal bebas, pengaktif atau penyahaktifkan enzim, gen, hormon atau bahan kimia tertentu dalam tubuh yang boleh mencegah pertumbuhan dan perkembangan sel kanser.
Mitokondria
Pengkaji dari University of Rochester (terbitan Mac, 2008) membuktikan yang resveratrol mampu bertindak dalam mitokondria, iaitu pusat tenaga sel, mengurangkan tenaga sel dan melumpuhkan fungsinya. Ini adalah salah satu cara resveratrol membunuh sel danser.

Kajian keatas kanser usus – membandingkan kumpul yang dikawal dengan kumpulan yang diberikan pelbagai dos resveratrol yang pelbagai. Dos setinggi 100 nanogram/ml  merencatkan pertumbuhan sel danser secara signifikan berbanding kumpulan kawalan dan dos yang lebih rendah.


Cajan keatas kanser payudara menunjukkan resveratrol merencat pertumbuhan sel secara signifikan dan menggalakan kematian sel dalam kanser payudara yang telah merebak.




No comments:

Post a Comment