Friday, March 3, 2017

Gaya Hidup





Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina, dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi.
Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada bank manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.






Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jaunting sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.

Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Analan superit menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.


Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat

a) Makan Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat 





b) Mengambil rehat yang mencukupi 




c) Menjaga kebersihan





Gaya hidup yang sihat amat penting kepada kita untuk mejamin kesihatan dah kesejahteraan yang optimum.
Jom tingkatkan kesedaran kita tentang gaya hidup yang sihat.




yunie
SID (1241867)






No comments:

Post a Comment