Thursday, February 16, 2017

Peria Katak untuk kencing manis



Peria Katak


Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan.
Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Pokok ini adalah sejenis pokok herba menjalar dan banyak tumbuh di Asia seperti China, India, kepulauan Nusantara dan Kepulauan Caribbean.
Dikenali sebagai tanaman herba, namun, pokoknya juga boleh ditanam sebagai tanaman hiasan yang menarik kerana karakter tumbuhan yang menarik.
Ia mempunyai batang yang lembut, menjalar dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur pautnya dan biasanya ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga lima meter.


Ramai yang tahu Peria katak ni bagus.. So, apa sebenarnya yg ada dalam 
Peria Katak untuk kencing manis & apa fungsinya pada kesihatan kita?

~ Sangat rendah kalori, hanya 17 kalori dlm 100g.
(bagus amik waktu diet)

~ Tinggi Fiber, Mineral & Anti-oksidan

~ Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah. (Bagus untuk pesakit Diabetes Type II)

~ Tinggi Vitamin C, Carotene, Leutein dan zea-xanthin

(Anti-oksida yang bagus untuk anti-penuaan, anti-kanser dan mencegah penyakit kronik )


~ Membantu menurunkan kolestrol


~ Membantu mencegah sembelit

~ Mencegah jangkitan

Kita tak berapa suka nak makan peria katak kerna rasanda yang pahit.Tapi rasa pahit itu lah yang menyebabkan Nenek moyang kita hidup lama.hehhehehe

jika anda memang telah disahkan mengidap kencing manis.... Jangan risau. Allah datangkan sakit dan Allah datangkan ubatnya. Dia mencipta sesuatu itu tanpa sia-sia. Seperti Dia mencipta kita tanpa sia-sia. 
Begitu juga peria katak dicipta ole Nya tanpa sia-sia, walaupun ia pahit. Namun ia sangat bagus untuk kencing manis

Rasulullah saw bersabda: “Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat serta dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Hadis Riwayat Abu Daud)


Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga. 

Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Selain kegunaan dalam perubatan dan menyembuhkan penyakit, peria boleh juga dijadikan hidangan enak yang membuka selera. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan sihat, bolehlah menggunakan sayur pahit itu dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat.

Resipi sihat yang lain ialah dengan menggoreng peria itu menjadi rangup sehingga sedap dimakan begitu saja. Jika anda kreatif dan gemar memasak, mungkin lebih banyak lagi resipi berasaskan peria yang boleh anda cipta. Malah, ada yang menghasilkan peria sebagai jus untuk menghilangkan dahaga dan smoothie bagi pembuka selera. 


Dengan kebaikan dan kelebihan yang ada pada peria, rugi sekali jika tidak mengambil kesempatan atau memanfaatkan ia sepenuhnya dalam kehidupan seharian anda. 

Jom amalkan beberapa resepi yang sangat simple untuk kita amalkan.


Bahan-bahan:

  • 3-4 biji saiz sederhana peria katak
  • Air masak 1L
  • Blender
  • Cara-cara:
  • Potong kecil-kecil peria katak. 
  • Masuk kan dalam blender bersama air 1L tadi. 
  • Blender je sampai hancur. 
  • Lepas tu tapis. 
  • Masuk dalam bekas air yang sesuai. 
  • Boleh terus minum. 
  • Yang lebih tu masukkan je dalam peti ais. 
  • Minum 3 kali sehari sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam (ini untuk pesakit kencing manis / diabetes).


  • Jus Peria dan Batang saderi
  •  Sebiji peria muda
  •  Sebatang saderi
  •  Segelas air masak sejuk
  •  Sehiris lemon  
  • Cara caranya:
  •  masukkan peria yang telah dicuci dan dibuang biji
  •  masukkan batang saderi yang telah dipotong potong
  •  masukan lemon 
  •  masukkan semua dalam blender
  •  setelah dikisar hendaklah ditapis
  •  sedia untuk diminue.

         








Hubungi saya Yunie 012-3857800 jika anda memerlukan sebarang info yang berkaitan tau ingin saya bantu anda mendapatkan Vivix.

JOM TENGOK RESVERATROL UNTUK KENCING MANIS : )



No comments:

Post a Comment